Monday, 30 June 2014

Harga pengenalan last hari ini untuk mrs serum essence

Assalamualaikum







Hari ni last day untuk serum essence MRS tau, harga pengenalan RM29.90, sebelum harga tetap RM39.90 berkuatkuasa esok. Buat sesiap yang nak rasa kesegaran serum essence ni, boleh cepat2 sms/whatsapp. Kalau tak, rugi RM10.00. 





sms/whatsapp-0124724689

Friday, 27 June 2014

Nak rasa sesejuk kuasa Elsa Frozen?

Assalamualaikum~

Mesti ramai yang dah tengok cerita Frozen kan? Si gegadis bernama Elsa yang mempunyai kuasa membekukan. Lepas tu ada lak lagu Let It Go yang menjadi siulan anak kecik yang comel, tak lupa juga nyanyian berhantu yang menghuni kepala orang dewasa, mahupun pak cik dan makcik. Ihiks.

Btw, aku bukan nak cerita pasal cerita frozen tu, aku nak berkongsi kuasa beku Elsa kepada kalian. Nak tak, lepas balik kerja, dengan panasnya, rimasnya, melekitnya. Lepas tu dah mandi pun rasa tak segar sangat, haaa, apa lagi, ambil je mrs essence ni, guna kat badan dan kepala sambil nyanyi lagu Let it go~ let it go~ lepas tu rasakan.. WOOHHHH!. Kuasa beku Elsa dah menyelubungi bilik air. Keluar je dari bilik air tu, terus rasa kesegaran yang amat sangat macam dalam cerita Frozen. 



Tak percaya eh? SILA PERCAYA! Haha

Tapi kalau tak percaya pun, apa kata korang guna dulu, tak rugi punn. Nak-nak bulan puasa ni, mesti la rasa nak cergas kan. Tak adala orang tengok sampai macam tak makan spoloh hari. Gittew.

Btw, promosi harga pengenalan ni akan berakir pada 1Julai 2014. Masih sempat ye untuk pre-order sebelum harga menjadi RM39.90.


Untuk maklumat lanjut, sms/whatsapp aku 012-4724689. Jangan risau, nak tanya saja pun boleh, aku tak makan orang pon. Ngehh ^^


Page FB untuk Miracle Refreshing Spray (info lanjut dan testimoni)-Amirah Miracle Refreshing Spray

Thursday, 26 June 2014

Tukar blog

Assalamualaikum.

Kalu tengok kat blog ni, tarikh yang dipost tu sama ja. Sebab blog baru ni tak boleh search. Lepas tu aku dah ingat password blog lama. Memandangkan aku tak berapa tau sangat, aku just copy dari blog sebelum ni. Dari 'Ini Miramore' ke 'Miramore di Sini'

Sebab aku ubah lagi satu nak bagi Miracle Refreshing ni senang dicari. Kalau lamabt, lambat le dapat result. Ihiks.

OK, happy-happy membaca.

Amirah Miracle Refreshing Spray (untuk maklumat MRS)
SMS/whatsapp- 0124724689


MRS Essence untuk mandian dan syampu

Assalamualaikum

Hari ni kan, ada produk baru untuk diperkenalkan. Namanya Serum Essence Miracle Refreshing. Sekarang ni kan cuaca panas lit-lit, lepas mandi pun kuar dari bilik air pon dah berpeluh. Rasa macam nak berendam dalam ais pon hadoo. Tapi jangan risau ye makcik pakcik adik kakak keluarga mentua sepupu sepapat sepipit semua. Kalau pakai serum ni kan, aduiii, tak boleh pasang aircond, sebab nanti bekuuu. Sejuk sangat uolss.
Serum MRS Essence
Kandungan serum
 Kalau korang tengok, ini adalah bahan-bahan dalam syampoo dan shower gel/cream yang biasa kita pakai. Bezanya, ada satu bahan iaitu bahan untuk buih yang bernama sodium laureth sulphate (SLS). Kalau kita google pun memang dah banyak dah orang ramai war-warkan pasal bahaya menda alah ni. Antaranya boleh menghakis kelembapan kulit, boleh masuk ke jaringan kulit, racun kepada hidupan air, boleh membebaskan wap/asap beracun ketika dipanaskan (yang menggunakan air panas ketika mandi) dan etc. Tapi, serum ni tak ada tau bahan SLS. Mungkin kita tak boleh hindari benda macam ni dalam kehidupan harian, tapi apa salahnya mengambil sedikit langkah awal dengan memulakan dengan produk syampoo dan mandian ni. Kan? :)

 Kat gambar atas ni, adalah antara khasiat serum ni. Kalau sekarang musim panas, lepas tu kita kerap mandi and guna sabun, kulit boleh jadi kering. Serum ni lak boleh lembapkan kulit. Dahla sejuk, lembapkan kulit, wangi bau macam apple gittew. Apala lagi nak?ihikss


Testimoni dari pengguna :)





Berita baik, harga pengenalan serum ni cuma berharga RM29.90. Berita buruknya, harga ni akan jadi RM39.90 pada 1 Julai ni. Apa lagi, cepatlah grab sebelum harga jadi mahal. :)

sms/whatsapp- 0124724689
email-mirashop89@gmail.com


Aircond atas kepala dengan Miracle Refreshing Spray

Assalamualaikum

Sapa kat sini rasa panas berbahang-bahang lepas tu dah mandi pon panas lagi? Kepala pun dah start pening, lepas tu sakit kepala pulak. Kalau aircond boleh pasang atas kepala dah lama dah pasang. Kat sini nak bagi satu tips la, langkah-langkahnya :

1) Dapatkan Miracle Refreshing Spray (tak kisah bau elegant atau sweet)
2) Titik atas kepala, contohnya ambil beberapa point atas kepala tu, kiri, kanan, atas, bawah dan tengah kepala.
3) Mintak sesiapa tolong urut kepala bagi rata. Kalau jenis forever alone tu urut sendiri la.
4) Ambil tuala kecil, basahkan, perah bagi lembap saja.
5) Bungkus kepala dengan tuala tadi.
6) Siap aircond atas kepala!

Rasa berangin lepas tu sejuk ja. Nak marah orang pun tak jadi dah.
Sekian tips dari saya. Tehee~









Rezeki semua orang tak sama

Assalamualaikum.

Semalam, aku dapat perkhabaran dari kawan baik aku. Adiknya dimasukkan ke hospital sebab buah pinggang mengecut. Sebenarnya kawan aku ni dah dua tahun menganggur. Dan keluarganya taklah semewah orang lain. Aku tak pandai pujuk, tapi aku cuba bagi kata semangat dan nak dia tahu aku boleh ada untuk dia walau susah atau senang. Kawan aku tu rasa tertekan sebab tak mampu nak tolong keluarganya saat-saat macam tu. Kita semua tahu, soal wang sangat sensitif bagi yang menghadapi masalah kewangan. Kan?


Kadang aku pun rasa down juga dengan keadaan sekarang. Tapi sebenarnya, rezeki setiap orang tak sama. Allah lebih mengetahuinya. Bila kita rasa ujian yang Allah bagi ni teruk, ada orang lain yang hadapi ujian lagi besar. Kalau kita tengok dari sudut positif, kat situ pun kita dah boleh bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan bermaksud kita bersyukur tak dapat ujian macam tu. Tak tak.  Maksudnya bila kita dah rasa nak putus asa, pandang ke bawah, sebab banyak benda yang kita ada untuk disyukuri berbanding orang lain. Lepas tu kita akan rasa bersemangat balik. Allah lagi tahu kemampuan kita nak harungi ujian.

Sebab tu dengan situasi aku sekarang, seorang penganggur, aku tak mudah mengaku kalah. Aku tak kisah orang panggil aku penganggur sebab aku tahu aku dah berusaha yang terbaik. Aku pergi interview kat mana saja yang dipanggil. Walaupun orang tak tahu takutnya aku jalan sorang-sorang sampai bengkak kaki sebab nak cari jalan, walaupun dah banyak duit yang keluar semata-mata nak dapat kerja, aku tak kisah. Sebab aku tahu aku dah berusaha. Allah lebih tahu tempat mana yang sesuai untuk aku. Yang penting aku pergi dan berusaha. Bukan duduk saja-saja dan lepas tu tanya kenapa tak dapat kerja sampai sekarang. Sebenarnya, buat sesiapa sahaja pun, tolonglah jangan tanya pencari kerja ni dengan soalan yang kau sendiri pun tak dapat jawab. Jangan pertikai rezeki Allah kat orang tu boleh tak?



Okay, sedikit teremo disitu. Bukan apa, aku kesian dekat kawan aku tu. Situasi kami sama. Zaman menganggur adalah zaman kegelapan okeh? Kalau tak mampu nak bagi kata sokongan, cubalah diam dari berkata sesuatu yang menyakitkan hati atau membuat orang down and nak putus asa. Boleh?


So, sepanjang zaman bergelar penganggur, aku akan cuba update sekerap mungkin. Sebab aku nak abadikan memori ni dalam blog ni. Sebab aku yakin,dekat terowong yang paling gelap ni pasti ada cahaya di hujung. Aku akan terus menelusuri jalan ini sampai aku jumpa cahaya tu. 100% aku yakin dengan jalan yang Allah dah rancangkan untuk aku. InsyaAllah aku mesti berjaya. :)




Okey, buat sesiapa yang nak dibantu oleh penganggur ni tentang masalah migrain, pening kepala, masalah rambut dan kulit, silah hubungi aku ye, sebab aku berniaga online sambil-sambil ni. See, sapa cakap penganggur tak pandai rebut peluang? Cuma, bagi la chance kan. Dah lama sangat kot korang bekerja nih..haha. Larikk!!

Sampai disini sahaja wahai pembaca yang comel. :)


*Miracle Refreshing Spray
 sms/whatsapp-0124724689
Email-mirashop89@gmail.com








Semangat datang kembali

Assalamualaikum.

Yuhuuu orang yang sudi membaca entry ni.

Hari ni pagi-pagi aku macam dapat semangat dan idea baru. Mencurah-curah idea. Mungkin sebab aku tenang kot duduk sorang-sorang. Bila duduk sorang-sorang ni banyak menda aku boleh fikir tanpa ada gangguan.



Aku ada plan yang gempak-gempak. Selalu macam tu, tapi dah lama dah aku tak rasa macam ni. Aku seronok bila aku plan untuk masa depan aku. Macam-macam aku nak buat dan bila tengok balik, memang plan aku ni boleh menjamin masa depan aku. Cuma, aku sedar plan ni gagal sebab daya tindakan aku yang suam-suam kuku. Hihi.

Btw, aku sedar menda ni sebab aku adalah starter, so aku kena cari partner yang jenis finisher. Starter ni orangnya suka plan, sangat excited buat benda-benda baru, ideanya gempak-gempak. Cumanya, buat kerja tak boleh nak habis. Sebab tu lah, bila ada starter, maka ada lah seorang finisher. Finisher ni, orangya suka buat kerja sampai habis, jadi sangat sesuai lah berpatner dengan seorang starter.

Kadang bila kita nak buat sesuatu, kita kena berjemaah, bukan semua benda kita boleh buat. Bila kita dah niat nak berjemaah, kena tanam dalam hati ditetapkan niat untuk tolong orang, tambah nilai hidup orang. Bukan semata-mata nak kejar keuntungan. Aku pun masih belajar untuk aplikasikan benda ni. Kalau kita berniaga semata-mata nak dapat untung, memang kita takkan dapat kejar akhirat.




So, berbalik kepada semangat, sebelum ni aku dah cerita yang aku ada buat bisnes online jual Miracle Refreshing Spray kat facebook page (KLIK SINI). Aku dah 25 tahun, macam mana pun kena ada backup plan. Banyak benda lagi aku kena kejar dan buat. Sebab itulah aku harap sangat plan ni perlu tindakan yang hebat, dan semangat yang sentiasa tinggi.

SEKSI OVARI

Assalamualaikum

Sebelum-sebelum ni time aku tak matang lagi aku suka baca novel cinta yang mak aku beli.
Lepas tu bila dah lama-lama aku rasa semua cerita lebih kurang je, sekadar bertukar nama watak dan lokasi. Ngeh.

Jadi aku beralih kepada buku-buku motivasi yang lebih membina jati diri aku. Eceh. Sehinggalah kekadang tu aku rasa bacaan tu terlalu berat. Maksudnya, kita nak membaca, tapi nak cari bahan bacaan yang lebih ringan. Tapi bukan novel cinta lagilah.

Satu hari tu atas meja kawan aku ada satu buku yang ala-ala indie punya buku. Aku mintak izin nak baca. Muka surat pertama aku terus jatuh cinta. Ini bukan novel, tapi adalah puisi dari seorang gadis yang aku kira sangat tepat kena kat situasi aku. Macam paham-paham je aku baru putus cinta. Uhukk.
Btw, puisi ni macam satu isi hati seorang perempuan/gadis/wanita yang kadang-kadang kita sendiri pon tak dapat nak luahkan. Kalau kau tengok di page belakang, terus kau tertarik untuk baca. Baca bukan sekadar baca, tapi kau hayati. Untuk pengetahuan, aku ulang-ulang baca puisi dalam buku ni. Ringkas, tapi setiap pemilihan kata tu sangat tepat. Aku tak tahu nak explain macam mana rasanya. Mungkin rasanya sama seperti seksi ovari. Ngehh.

Puisi yang buat aku jatuh cinta pandang pertama :)

Cover baru Seksi Ovari


So, sejak tu aku memang tecari-cari buku ni untuk koleksi aku sendiri. Dan akhirnya, masa pesta buku antarabangsa 2014 kat pwtc, aku berjaya jumpa. Tapi cover depan dah bertukar. Lepas beli aku pas dekat kakak and adik aku, pon cakap best sangat buku puisi seksi ovari ni.

Rasanya aku dah jumpa bahan bacaan yang baru la selain buku motivasi. Lepas ni aku nak cari langit vanilla, dengar-dengar best juga. Kalau dah baca nanti aku update hokeh?


*Gambar ihsan Goggle.



Pengalaman kerja dengan warga asing

Assalamualaikum.

Minggu ni aku pergi kl, ada interview macam biasa. Kalau dapat diaorang akan kol. Lepas tu aku duduk kejap kat rumah adik aku kat Bangi. Duduk temankan dia and tenangkan fikiran kekononnya. :)

Nak dijadikan cerita, satu hari tu adik aku mintak tolong jadi backup untuk ofis dia. Adik aku ni kerja perkhidmatan kirim wang ke luar negara. Bukan tukar wang asing macam money changer tuh.

Hari pertama memang kalut-kalut sikit. Penghujung hari tu aku terus jadi blur katak tengok nombor-nombor dengan duit yang berpuluh ribu dalam tangan. Baru aku sedar, aku suka duit tapi aku tak suka kira duit. Boleh tak? Muehehe. Okay, yang tu mukadimah je, yang aku nak ceritanya pasal customer kat situ.

Selama ni kan, aku tak pernah kisah pun pasal warga asing kat sini. Tak kira lah dari Bangladesh ke, Indonesia ke, Nepal, Myanmar, India,Sri Lanka or dari mana-mana. Sebab, asalkan diaorang tak kacau aku, aku pun takkan kacau lah. Gittew. Tapi bila aku kerja situ dan berurusan dengan warga asing nih, ada satu perasaan yang aku nak explain pun tak tau. Rasa macam kagum+simpati pun ada. Sebabnya, kebanyakan yang kerja sini memang akan hantar duit untuk family tempat asal. Walaupun gaji tak banyak tetap juga hantar, yang aku kira mungkin 3/4 dari gaji sendiri. Sebab tu kadang kita tengok ada yang pakai biasa-biasa, nampak miskin, makan sayur dengan ikan je (makan ala kadar) tapi sebenarnya dah terlalu bayak berkorban.

Lepas tu kan, ada yang nampak ganas ala-ala gengster,tapi hantar juga duit untuk ibu dekat kampung. Aku sebenarnya memang tak sangka. Aku tau gaji untuk general worker ni berapa banyaklah sangat. Tapi kurang-kurang dia tetap hantar. =,)

Ada juga yang ak tengok baya-baya ayah aku, hantar duit untuk anak dan isteri kat kampung. Ada juga anak beranak yang entah berapa lama berpisah dengan keluarga semata-mata nak cari rezeki kat Malaysia. Rasanya kalau boleh nangis kat situ dah banjir kot ofis adik aku tuh.

Sepanjang tiga hari ni, banyak jenis orang yang aku jumpa. Ada yang aku tak boleh nak kenal dia Bangladesh ke Nepal atau Myanmar. Haha. Ada juga yang mukanya lahaiii, hensemmmmm dari mamat-mamat kat sini. Ni aku tak tipu, bila aku cakap hensem dan comel, memang itu fakta ya. So, aku takda lah bosan sangat kan sebab boleh cuci mata. LOL.

Selain cerita kekaguman seperti dia atas, ada juga pengalaman lucu yang aku tak boleh nak lupa. Ada sorang mamat nih, nama dia Magi, aku okay je, tapi bila aku panggil nama dia kuat-kuat sebab dah turn dia, ada sorang mamat nepal ni dengan selambanya 'eh, nama meggi pon ada ka?''. Selambanya mak ooi, dahla dia duduk belakang je. Bila dah abes keja, aku terus cerita dekat adik aku sambil gelak-gelak sampai keluar air mata. Tapi adik aku tak gelak pon sebab dia tak paham apa yang aku cakap. Yelah, cakap sambil gelak-gelak. Asal nak cakap kau gelak. Nak cakap ke nak gelak sebenrnya nih? Hikhokkk.

Lepas tiga hari, abeslah khidmat aku. Tapi bos dia cakap kalau rasa nak buat partime hujun minggu boleh aje. So, 3 hari yang penuh pengajaran buat aku. Sebabnya, aku tengok betapa manusia sanggup berkorban cari rezeki, tak pernah nak nak putus asa walaupun gaji sikit dan berpisah dengan yang tersayang. Sedangkan aku? Kadang-kadang rasa nak give up sebab tak dapat kerja lagi =') . Maknanya, apa yang jadi kat aku ni, ujian dari Allah ni sebenarnya aku mampu harungi, sebab ada ramai lagi kat luar sana yang nasibnya tak sebaik nasib aku.

Owh, sebelum aku lupa, rata-rata yang kerja sini, tetap ada simpanan walaupun sikit. Sebab lepas je hantar wang ke keluarga, dah asingkan siap-siap untuk diri sendiri. Ada yang simpan sikit, ada juga yang simpannya beribu-ribu. Kita kat sini? Hoho. Pikir-pikirkan lah ye? :)

Sebenarnya, walaupun kita nampak mewah disini, dan mereka yang bekerja ni nampak miskin, duit kita dah mengalir begitu banyak ke luar negara. Duit indonesia pun dah naik nilainya. Jadi, bila dah tau dan kita sendiri dapat agak supaya dapat prepare untuk masa depan, patutlah kita bersedia untuk mengukuhkan kedudukan kewangan kita. Sebab, kadang negara yang mewah pun boleh jatuh bila-bila masa. Tapi, harap dijauhkan lah semua tu dari Malaysia ye dak.

Okehla, sampai sini saja cerita aku dengan warga asing. Hikhik.




Sekian

Berhenti jadi engineer, buat bisnes

Assalamualaikum

Tadi aku ada sembang-sembang dengan kawan kelas masa dekat u dulu kat facebook. Aku tanya, dia kerja lagi ke kat tempat lama. Sebab last aku sembang dengan dia, dia kerja engineer dulu dekat kilang tu. Tadi aku dapat tahu yang dia dah berhenti kerja and sekarang buat bisnes printing kecil-kecilan. I was like...'owh!'

Memang tak sangka. Dia sangat berani. Lepas tu aku mula la jadi bersemangat dengan bisnes nih. Yelah, bisnes Miracle Refreshing Spray kan hado, cuma aku tak betul-betul fokus. Ok,my bad. =')

Kalau ikut plan, aku nak kerja dulu. Amin. Lepas tu sambil buat bisnes macam blogger sepet. Aku suka tengok sepet tu, dari kecil sampailah dah maju. Yang paling aku suka, sampai sekarang dia still humble. Itu yang aku respect.

 so, sekarang ni sapa-sapa yang nak dapatkan Miracle Refreshing Spray, just mesej atau whatsapp. Kalau ada apa-apa pertanyaan korang boleh email. Yelah, nak menjawap tu panjang kot kan. Tapi boleh aje nak sms/whatsapp. Aku on je. Kalau nak tanya pasal agen ke, nak jadi dropshipper ke, pon boleh. Tapi kalau nak tanya lepas tu beli kat orang lain pun tak apa. Aku tak kisah. Bila orang tanya and aku boleh jawab, aku jawab ye. Jangan segan-segan :)



sms/whatsapp-012 4724689012 4724689
email-mirashop89@gmail.com




Miracle Refreshing Spray :)




Tips kawal perasaan ketika menganggur

Asslamaualaikum

Hidup kita ni tak pernah terlepas dari masalah. Tipulah kalau kita cakap tak pernah ada masalah, hidup ikut flow dengan cantik. Bagi aku, masalah yang datang tu sebagai ujian untuk kuatkan kita. Cuba bayangkan hidup ni tak ada ujian, cuma ikut flow, rasa-rasa ada peningkatan tak dalam hidup?

Tambah-tambah bagi penganggur macam aku. Tekanan, duit, dan kawan-kawan adalah perkara biasa yang perlu ditempuhi. Hari-hari okay? Kalau ikut hati, memang dah binasa. Tapi disebabkan dah terlalu banyak dugaan masa menganggur ni, aku dah rasa macam lali. Kadang aku rasa nak marah, tapi aku cepat-cepat betulkan rasa hati ni. Paling-paling bila aku dah tak ada jalan keluar, aku senyum. Lepas tu aku duduk diam-diam. 2-3 minit lepas tu confirm okay.

Hari ini aku nak kongsi tips macam mana nak kawal perasaan untuk penganggur kehormat.

1) bila kau rasa nak marah, menangis atau tumbok orang, ada dua pilihan yang kau boleh buat. Bagi yang baru menganggur, kau nangislah puas-puas. Bagi yang dah lama menganggur, udah-udah lettew nangis. Kau duduk diam-diam lepas tu buat macam tak dengar apa orang cakap. Siyes, ini memang paling berkesan buat aku, nak-nak orang yang paling terdekat dengan kita buat macam ni.

2) bila kau dah diam, kau bagi semangat untuk diri sendiri. "Allah takkan turunkan ujian kalau kita tak kuat".
Kau ulang-ulang ayat ni dalam hati kau. Lepas tu baca lah apa-apa kata-kata motivasi atau cerita-cerita motivasi sampai kau rasa satu hari tu dah tak perlu nak baca semua tu pun diri kau sendiri boleh motivasikan sendiri.

3) Ambil wuduk. Ni aku tak payah cerita. Semua orang dah tahu. Sebab, kadang bila kau sendiri rasa tak ada orang yang stay dengan kau, kau kena tau yang Allah sentiasa ada. Lagipun kau nak mintak kerja pun dengan izin Allah. Kalau dah BERIBU resume kau dah hantar tapi Allah pun kau letak belakang, macam mana nak dapat kerja. Ye dak?

Aku bagi nasihat ni sebab aku tau ramai yang senasib dengan aku. Masa dekat U, impian kita indah sangat-sangat. Nak dapat kerja best-best, lepas tu boleh balas jasa mak ayah. Tapi hakikatnya, setelah berbulan pun still menganggur. Mak ayah dah jeling-jeling sebab duduk rumah tak buat apa-apa. Lepas tu takkan nak mintak duit dekat mak ayah kan?

Lapgipun kawal perasaan ni sangat penting sebab kita kena pastikan diri sentiasa fokus. Fokus mintak kerja. Kalau tak dapat kerja, kita bisnes online dulu.haha.

Bila rasa nak give up, ingatlah bahawa itu petanda kejayaan semakin hampir. Teruskan usaha. Chaiyok! ^^

Ok, sampai sini saja celoteh aku pasal menganggur. Nanti kita sambung lagi. :)





Perasaan bila kawan-kawan dah nak kahwin

Assalamualaikum and hi 

Sekarang ni aku berumur 25 tahun. Wajiblah kiranya ini tahun yang meriah untuk berwalimatul urus. Ye dak?



Bila korang dapat kad kawin atau perkhabaran tentang kawan baik korang dah nak kahwin, apakah yang harus dirasa?

Kalau aku, dengan tak bekerjanya lagi, dengan tak ada bfnya lagi (tahniah), mestilah rasa macam 'duh, kenapa cepat sangat?' aku tak sedia apa-apa pun lagi. Padahal masa sama-sama belajar dulu berangan macam-macam. Nak pergi travel sama-sama lah, nak raya sama-sama lah, kalau nak kahwin tu siap angan macam-macam.

Tapi itulah, perancangan Allah tu lagi hebat. Kita tak sangka pun masa begitu cepat berlalu. Sedang kita rancang hidup kita, orang lain dah dua tiga langkah ke depan. Rasa macam tak terkejar pulak. =')

Tapi, walau apa pun, aku nak ucapkan tahniah lah. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Kadang kita nak sesuatu, tapi Allah bagi sesuatu yang kita lagi perlu. Yang penting, kena yakin aturan Allah ni cantik sangat.

Okeh? =)

Rezeki dari Allah : Miracle Refreshing Spray

Assalamualaikum.

Entry yang lepas, aku macam down, putus asa, rasa macam hidup tiada makna (puih).
Tapi, sebenarnya, time tu memang aku tengah serabut sampai tak nampak menda lain yang aku patut bersyukur. Sekarang ni, walaupun aku tak buat marketing, tak promote langsung pasal miracle refreshing spray, selang dua tiga hari je mesti ada orang tanya. Kalau korang nak tahu, aku jual melalui facebook page je. Bagi aku, bila orang dah tanya pun aku rasa excited tergedik-gedik macam dapat emas tigaplohjuta on the spot. Ngehh.

Miracle Refreshing Spray ni aku memang dah tahap jatuh cinta punya, sebab aku yang guna dulu sebelum aku mengambil keputusan untuk berkongsi dengan orang ramai. Dari kecik sampai umur 24 tahun, aku memang tak suka minyak-minyak yang berbau ni. So kalau pening kepala, aku tidur ja. Sebab aku tak suka guna and bau minyak cap ***** tu. Langsung. Satu hari tu aku nampak orang iklan, dia nak bagi tester free. So aku pun try. Memang best. Migrain, pening kepala, loya, sengal bahu,badan berangin, sampai kena gigit nyamuk pun aku sapu menda alah ni. Aku sapu je sebab aku tau menda ni tak ada bahan kimia. Macam mana aku tahu? Sebab aku dah penah kerja sekejap dekat bahagian production dia. Tapi aku berhenti sebab ada komitmen lain. Hehe.

Semalam aku demam. Pening kepala. Aku tak suka makan panadol. Aku cuma sapu MRS ni, then legaaaaa. Berangin je kepala aku. Rasa segar sangat. Okay, motip nampak sangat memuji menda ni kan? Bukan apa, aku rasa berdosa pulak kalau tak share dengan semua orang.

Sebenarnya, banyak sangat khasiat MRS ni, banyak dah testimoni orang bagi. Tapi aku share dulu apa yang aku guna ni. One more thing, aku suka mrs ni sebab menda i wangi. Kalau aku pening kepala kat tempat ramai orang, aku tak ada rasa malu pun nak guna. Siap orang sebelah tanya lagi. Yelah, dari menganggu orang dengan bau minyak yang ntah apa-apa, baiklah kita sebarkan kewangian ke serata dunia. Ihiks.

Dulu aku suka dengan bau elegant. Elegant ni bau dari minyak sunflower. Sekarang ni kadang-kadang aku suka lak dengan bau sweet. Sweet ni bau dari berries. Sweet ni bau manis sikit. Kalau elegant tu bau dia macam strong sikit. Aku rasa la. Sebab sesetengah orang tak suka bau yang terlalu manis kan?

Kandungan MRS ni terdiri daripada minyak kelapa dara (virgin coconut oil) mint oil yang buat korang rasa berangin-angin dan segar. Lepas tu ada essential oil. Essential oil ni la yang aku sebut kat atas tu, bau sweet and elegant. Sebenarnya ada satu lagi bau, iaitu bau lovely. Lovely ni dari pati rose. Bunga rose, tapi bau ni terhad. Lepas tu yang paling glamer bau ni sweet dengan elegant je. Enough dengan penerangan di atas, kat bawah ni ada gambar-gambar mrs.



Saiz 10ml- RM9.90

30ml- RM39.90

60ml-RM69.90
Yang ni pulak kebaikan MRS, berdasarkan testimoni okeh? Nanti aku cerita untuk next-next next entry. Ihiks

Miracle Refreshing Spray ;)





sms/whatsapp-0124724689

Putus asa cari kerja

Sekarang ni, aku still menganggur. Konvo bulan september 2013, sekarang dah 2014. Total bulan aku menganggur 8 bulan. Ya, 8 bulan yang sungguh menguji kesabaran sebagai seorang manusia.

Hari ni aku rasa nak putus asa. Sebenarnya dah seminggu. Aku rasa loser sangat. Rasa macam diri ni tiada ijazah. Ijazah yang digunakan untuk mengemis kerja =') . Tetiba seminggu ni rasa macam tak percaya akulah juara kecil-kecil dulu. Tau tak perasaan bila kau rasa nak putus asa, tapi tak boleh sebab ayat 'orang yang berputus asa adalah orang yang jauh dari rahmat Allah' terngiang-ngiang dekat telinga setiap kali nak give up. Betul, aku tak salahkan sesiapa ye dalam hal ni. Cuma kadang aku rasa penat. Aku tahan sabar bila orang asyik tanya. Aku bertambah-tambah sabar bila orang tak paham. Dan aku nangis sorang-sorang satu malam tu sebab takda orang nak dengar apa yang aku rasa. Sebab apa? Sebab selama ni bukan aku duduk goyang kaki kat rumah. Tiap-tiap hari aku cari kerja, pergi interview kerja, pergi karnival kerjaya. Cuma rezeki aku belum sampai.

Siapalah aku nak mempersoalkan rezeki dari Allah? Aku dah berusaha. Aku dah berdoa. Tapi mungkin ada dosa-dosa aku yang menyekat rezeki aku. Aku tak salahkan sesiapa okay? Allah lebih tahu. Aku yakin. Aku percaya sangat-sangat dengan ketentuan Allah. Aku yakin ada rezeki paling cantik  yang Allah dah sediakan untuk aku. 101% aku yakin. Sebab tu aku mintak sangat-sangat, fahamilah perasaan penganggur ni.
Bukan aku tak kesian dekat ayah dengan mak. Aku sedih bila aku tak dapat tolong ringankan beban ayah dengan mak. Mereka dah sepatutnya duduk berehat dekat rumah. Aku pun dah 25 tahun. Tapi apa pun tak ada lagi.

Aku  cuma rasa penat.

Permulaan adalah yang paling sukar.

Pernah tak nak buat sesuatu, baru nak mula. Dengan semangatnya membara-bara. Tiba-tiba... Seakan tayar basikal yang slow-slow pancit, semangat tu hilang. Lenyap. Same with me here. Ingat nak buat blog, aktif dengan blog, lepas tu boleh buat bisnes (haha). 

Sebab tu para bijaksana telah berkata. 'Kalau nak buat sesuatu, lakukan sekarang. Jangan tangguh-tangguh.'
Kalau tak, memang tak jalan la.
So hari ini aku paksa diri untuk tulis satu entry. Iya, walaupun tak panjang berjela dengan tajuk yang sedikit gempak maka terhasillah entry ini.

Berita baiknya, aku nak bagi satu tips, macam mana nak elakkan kerja bertangguh, atau macam mana nak mulakan sesuatu. Tipsnya adalah :


'Buat saja, tak payah fikir'


Muehehe, aku tau agak kejam,tapi inilah tips yang sungguh berkesan kalau serangan malas di tahap kronik.

So, sampai disini sahaja, berdoa semoga setiap hari ada entry yang lebih bernas bagi seorang blogger noob ini. Err, boleh kan dipanggil blogger?sebab dah ada blog..ahaha.



Tatas titi tutu~