Thursday, 26 June 2014

Permulaan adalah yang paling sukar.

Pernah tak nak buat sesuatu, baru nak mula. Dengan semangatnya membara-bara. Tiba-tiba... Seakan tayar basikal yang slow-slow pancit, semangat tu hilang. Lenyap. Same with me here. Ingat nak buat blog, aktif dengan blog, lepas tu boleh buat bisnes (haha). 

Sebab tu para bijaksana telah berkata. 'Kalau nak buat sesuatu, lakukan sekarang. Jangan tangguh-tangguh.'
Kalau tak, memang tak jalan la.
So hari ini aku paksa diri untuk tulis satu entry. Iya, walaupun tak panjang berjela dengan tajuk yang sedikit gempak maka terhasillah entry ini.

Berita baiknya, aku nak bagi satu tips, macam mana nak elakkan kerja bertangguh, atau macam mana nak mulakan sesuatu. Tipsnya adalah :


'Buat saja, tak payah fikir'


Muehehe, aku tau agak kejam,tapi inilah tips yang sungguh berkesan kalau serangan malas di tahap kronik.

So, sampai disini sahaja, berdoa semoga setiap hari ada entry yang lebih bernas bagi seorang blogger noob ini. Err, boleh kan dipanggil blogger?sebab dah ada blog..ahaha.



Tatas titi tutu~

No comments:

Post a Comment