Thursday, 26 June 2014

Rezeki semua orang tak sama

Assalamualaikum.

Semalam, aku dapat perkhabaran dari kawan baik aku. Adiknya dimasukkan ke hospital sebab buah pinggang mengecut. Sebenarnya kawan aku ni dah dua tahun menganggur. Dan keluarganya taklah semewah orang lain. Aku tak pandai pujuk, tapi aku cuba bagi kata semangat dan nak dia tahu aku boleh ada untuk dia walau susah atau senang. Kawan aku tu rasa tertekan sebab tak mampu nak tolong keluarganya saat-saat macam tu. Kita semua tahu, soal wang sangat sensitif bagi yang menghadapi masalah kewangan. Kan?


Kadang aku pun rasa down juga dengan keadaan sekarang. Tapi sebenarnya, rezeki setiap orang tak sama. Allah lebih mengetahuinya. Bila kita rasa ujian yang Allah bagi ni teruk, ada orang lain yang hadapi ujian lagi besar. Kalau kita tengok dari sudut positif, kat situ pun kita dah boleh bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan bermaksud kita bersyukur tak dapat ujian macam tu. Tak tak.  Maksudnya bila kita dah rasa nak putus asa, pandang ke bawah, sebab banyak benda yang kita ada untuk disyukuri berbanding orang lain. Lepas tu kita akan rasa bersemangat balik. Allah lagi tahu kemampuan kita nak harungi ujian.

Sebab tu dengan situasi aku sekarang, seorang penganggur, aku tak mudah mengaku kalah. Aku tak kisah orang panggil aku penganggur sebab aku tahu aku dah berusaha yang terbaik. Aku pergi interview kat mana saja yang dipanggil. Walaupun orang tak tahu takutnya aku jalan sorang-sorang sampai bengkak kaki sebab nak cari jalan, walaupun dah banyak duit yang keluar semata-mata nak dapat kerja, aku tak kisah. Sebab aku tahu aku dah berusaha. Allah lebih tahu tempat mana yang sesuai untuk aku. Yang penting aku pergi dan berusaha. Bukan duduk saja-saja dan lepas tu tanya kenapa tak dapat kerja sampai sekarang. Sebenarnya, buat sesiapa sahaja pun, tolonglah jangan tanya pencari kerja ni dengan soalan yang kau sendiri pun tak dapat jawab. Jangan pertikai rezeki Allah kat orang tu boleh tak?



Okay, sedikit teremo disitu. Bukan apa, aku kesian dekat kawan aku tu. Situasi kami sama. Zaman menganggur adalah zaman kegelapan okeh? Kalau tak mampu nak bagi kata sokongan, cubalah diam dari berkata sesuatu yang menyakitkan hati atau membuat orang down and nak putus asa. Boleh?


So, sepanjang zaman bergelar penganggur, aku akan cuba update sekerap mungkin. Sebab aku nak abadikan memori ni dalam blog ni. Sebab aku yakin,dekat terowong yang paling gelap ni pasti ada cahaya di hujung. Aku akan terus menelusuri jalan ini sampai aku jumpa cahaya tu. 100% aku yakin dengan jalan yang Allah dah rancangkan untuk aku. InsyaAllah aku mesti berjaya. :)




Okey, buat sesiapa yang nak dibantu oleh penganggur ni tentang masalah migrain, pening kepala, masalah rambut dan kulit, silah hubungi aku ye, sebab aku berniaga online sambil-sambil ni. See, sapa cakap penganggur tak pandai rebut peluang? Cuma, bagi la chance kan. Dah lama sangat kot korang bekerja nih..haha. Larikk!!

Sampai disini sahaja wahai pembaca yang comel. :)


*Miracle Refreshing Spray
 sms/whatsapp-0124724689
Email-mirashop89@gmail.com








No comments:

Post a Comment