Hidup kita ni tak pernah terlepas dari masalah. Tipulah kalau kita cakap tak pernah ada masalah, hidup ikut flow dengan cantik. Bagi aku, masalah yang datang tu sebagai ujian untuk kuatkan kita. Cuba bayangkan hidup ni tak ada ujian, cuma ikut flow, rasa-rasa ada peningkatan tak dalam hidup?
Tambah-tambah bagi penganggur macam aku. Tekanan, duit, dan kawan-kawan adalah perkara biasa yang perlu ditempuhi. Hari-hari okay? Kalau ikut hati, memang dah binasa. Tapi disebabkan dah terlalu banyak dugaan masa menganggur ni, aku dah rasa macam lali. Kadang aku rasa nak marah, tapi aku cepat-cepat betulkan rasa hati ni. Paling-paling bila aku dah tak ada jalan keluar, aku senyum. Lepas tu aku duduk diam-diam. 2-3 minit lepas tu confirm okay.
Hari ini aku nak kongsi tips macam mana nak kawal perasaan untuk penganggur kehormat.
1) bila kau rasa nak marah, menangis atau tumbok orang, ada dua pilihan yang kau boleh buat. Bagi yang baru menganggur, kau nangislah puas-puas. Bagi yang dah lama menganggur, udah-udah lettew nangis. Kau duduk diam-diam lepas tu buat macam tak dengar apa orang cakap. Siyes, ini memang paling berkesan buat aku, nak-nak orang yang paling terdekat dengan kita buat macam ni.
2) bila kau dah diam, kau bagi semangat untuk diri sendiri. "Allah takkan turunkan ujian kalau kita tak kuat".
Kau ulang-ulang ayat ni dalam hati kau. Lepas tu baca lah apa-apa kata-kata motivasi atau cerita-cerita motivasi sampai kau rasa satu hari tu dah tak perlu nak baca semua tu pun diri kau sendiri boleh motivasikan sendiri.
3) Ambil wuduk. Ni aku tak payah cerita. Semua orang dah tahu. Sebab, kadang bila kau sendiri rasa tak ada orang yang stay dengan kau, kau kena tau yang Allah sentiasa ada. Lagipun kau nak mintak kerja pun dengan izin Allah. Kalau dah BERIBU resume kau dah hantar tapi Allah pun kau letak belakang, macam mana nak dapat kerja. Ye dak?
Aku bagi nasihat ni sebab aku tau ramai yang senasib dengan aku. Masa dekat U, impian kita indah sangat-sangat. Nak dapat kerja best-best, lepas tu boleh balas jasa mak ayah. Tapi hakikatnya, setelah berbulan pun still menganggur. Mak ayah dah jeling-jeling sebab duduk rumah tak buat apa-apa. Lepas tu takkan nak mintak duit dekat mak ayah kan?
Lapgipun kawal perasaan ni sangat penting sebab kita kena pastikan diri sentiasa fokus. Fokus mintak kerja. Kalau tak dapat kerja, kita bisnes online dulu.haha.
![]() |
| Bila rasa nak give up, ingatlah bahawa itu petanda kejayaan semakin hampir. Teruskan usaha. Chaiyok! ^^ |
Ok, sampai sini saja celoteh aku pasal menganggur. Nanti kita sambung lagi. :)

No comments:
Post a Comment