Minggu ni aku pergi kl, ada interview macam biasa. Kalau dapat diaorang akan kol. Lepas tu aku duduk kejap kat rumah adik aku kat Bangi. Duduk temankan dia and tenangkan fikiran kekononnya. :)
Nak dijadikan cerita, satu hari tu adik aku mintak tolong jadi backup untuk ofis dia. Adik aku ni kerja perkhidmatan kirim wang ke luar negara. Bukan tukar wang asing macam money changer tuh.
Hari pertama memang kalut-kalut sikit. Penghujung hari tu aku terus jadi blur katak tengok nombor-nombor dengan duit yang berpuluh ribu dalam tangan. Baru aku sedar, aku suka duit tapi aku tak suka kira duit. Boleh tak? Muehehe. Okay, yang tu mukadimah je, yang aku nak ceritanya pasal customer kat situ.
Selama ni kan, aku tak pernah kisah pun pasal warga asing kat sini. Tak kira lah dari Bangladesh ke, Indonesia ke, Nepal, Myanmar, India,Sri Lanka or dari mana-mana. Sebab, asalkan diaorang tak kacau aku, aku pun takkan kacau lah. Gittew. Tapi bila aku kerja situ dan berurusan dengan warga asing nih, ada satu perasaan yang aku nak explain pun tak tau. Rasa macam kagum+simpati pun ada. Sebabnya, kebanyakan yang kerja sini memang akan hantar duit untuk family tempat asal. Walaupun gaji tak banyak tetap juga hantar, yang aku kira mungkin 3/4 dari gaji sendiri. Sebab tu kadang kita tengok ada yang pakai biasa-biasa, nampak miskin, makan sayur dengan ikan je (makan ala kadar) tapi sebenarnya dah terlalu bayak berkorban.
Lepas tu kan, ada yang nampak ganas ala-ala gengster,tapi hantar juga duit untuk ibu dekat kampung. Aku sebenarnya memang tak sangka. Aku tau gaji untuk general worker ni berapa banyaklah sangat. Tapi kurang-kurang dia tetap hantar. =,)
Ada juga yang ak tengok baya-baya ayah aku, hantar duit untuk anak dan isteri kat kampung. Ada juga anak beranak yang entah berapa lama berpisah dengan keluarga semata-mata nak cari rezeki kat Malaysia. Rasanya kalau boleh nangis kat situ dah banjir kot ofis adik aku tuh.
Sepanjang tiga hari ni, banyak jenis orang yang aku jumpa. Ada yang aku tak boleh nak kenal dia Bangladesh ke Nepal atau Myanmar. Haha. Ada juga yang mukanya lahaiii, hensemmmmm dari mamat-mamat kat sini. Ni aku tak tipu, bila aku cakap hensem dan comel, memang itu fakta ya. So, aku takda lah bosan sangat kan sebab boleh cuci mata. LOL.
Selain cerita kekaguman seperti dia atas, ada juga pengalaman lucu yang aku tak boleh nak lupa. Ada sorang mamat nih, nama dia Magi, aku okay je, tapi bila aku panggil nama dia kuat-kuat sebab dah turn dia, ada sorang mamat nepal ni dengan selambanya 'eh, nama meggi pon ada ka?''. Selambanya mak ooi, dahla dia duduk belakang je. Bila dah abes keja, aku terus cerita dekat adik aku sambil gelak-gelak sampai keluar air mata. Tapi adik aku tak gelak pon sebab dia tak paham apa yang aku cakap. Yelah, cakap sambil gelak-gelak. Asal nak cakap kau gelak. Nak cakap ke nak gelak sebenrnya nih? Hikhokkk.
Lepas tiga hari, abeslah khidmat aku. Tapi bos dia cakap kalau rasa nak buat partime hujun minggu boleh aje. So, 3 hari yang penuh pengajaran buat aku. Sebabnya, aku tengok betapa manusia sanggup berkorban cari rezeki, tak pernah nak nak putus asa walaupun gaji sikit dan berpisah dengan yang tersayang. Sedangkan aku? Kadang-kadang rasa nak give up sebab tak dapat kerja lagi =') . Maknanya, apa yang jadi kat aku ni, ujian dari Allah ni sebenarnya aku mampu harungi, sebab ada ramai lagi kat luar sana yang nasibnya tak sebaik nasib aku.
Owh, sebelum aku lupa, rata-rata yang kerja sini, tetap ada simpanan walaupun sikit. Sebab lepas je hantar wang ke keluarga, dah asingkan siap-siap untuk diri sendiri. Ada yang simpan sikit, ada juga yang simpannya beribu-ribu. Kita kat sini? Hoho. Pikir-pikirkan lah ye? :)
Sebenarnya, walaupun kita nampak mewah disini, dan mereka yang bekerja ni nampak miskin, duit kita dah mengalir begitu banyak ke luar negara. Duit indonesia pun dah naik nilainya. Jadi, bila dah tau dan kita sendiri dapat agak supaya dapat prepare untuk masa depan, patutlah kita bersedia untuk mengukuhkan kedudukan kewangan kita. Sebab, kadang negara yang mewah pun boleh jatuh bila-bila masa. Tapi, harap dijauhkan lah semua tu dari Malaysia ye dak.
Okehla, sampai sini saja cerita aku dengan warga asing. Hikhik.
Sekian
No comments:
Post a Comment